MH-53 Pave Low
MH-53 Pave Low

MH-53 Pave Low

Sikorsky MH-53 Pave Low adalah satu siri helikopter Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR) jarak jauh yang dibina untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia merupakan helikopter HH-53B/C yang dinaik taraf, iaitu sebuah kelainan Sikorsky CH-53 Sea Stallion. HH-53 "Super Jolly Green Giant" asalnya telah dibangunkan bagi mengantikan HH-3 "Jolly Green Giant". Armada helikopter MH-53J/M milik Tentera Udara A.S telah dibersarakan pada bulan September 2008.[1]